Writter

assalamualaikum. i'm amira, owner of this blog. 14teen y/o. pleace be nice here. dont forget to leave ur footstep in my cbox too.
CBOX
ARCHIEVE
FOLLOWERS
CREDIT
|
5 cara untuk tahu seseorang itu menipu.
Bahasa badan adalah alat komunikasi bukan lisan yang kuat dan sangat
berkesan jika kita tahu apakah isyarat yang patut dikenalpasti.
Menguasai bahasa badan adalah suatu skill yang boleh dipelajari. Anda
akan mula perasan bahawa orang menipu lebih daripada apa yang anda
pernah dibayangkan. Malah, penyelidik mendapati bahawa 60% daripada
orang dalam perbualan 10 minit secara purata memberitahu 3 fakta palsu
dalam jangka masa perbualan itu.
Pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi teknik bahasa badan untuk
mengetahui jika seseorang itu sedang menipu anda. Berikut adalah 5 cara
bagaimana??
1.Lihat Mata
Biasanya apabila seseorang itu menipu, mata mereka akan memberikan 2
petunjuk mata, bergantung kepada sejauh mana mereka bersedia dan
kecekapan mereka berbohong. Pembohong berpengalaman (termasuk kebanyakan
kanak-kanak) biasanya mengelak daripada membuat hubungan mata kerana
dua sebab: mereka malu dan mereka sedang mencipta cerita bohong itu
(sedang menumpukan perhatian dalam mengolah cerita tipu tersebut.)
Penipu yang berpengalaman tahu teknik ini dan mengelakkan diri mereka
daripada melakukan kesilapan ini dan untuk elakkan pembohongan mereka
terbongkar , jadi mereka akan mengadakan hubungan mata untuk seberapa
lama yang boleh. Dalam kes ini, kadar sekelip mereka akan lambat dan
anda juga akan perasaan bahawa merenung mereka seakan akan tidak
bersalah. Renungan ini dikenali sebangai renungan bambi
2. Gesture tangan
Pergerakan atau gesture tangan boleh menunjukkan kepada kita jika
seseorang itu sedang menipu atau tidak. Jika mereka menipu terdapat
beberapa pergerakan tangan yang telah dikenalpasti.
-
Menyentuh bibir- apabila seseorang itu menipu mereka akan sentiasa
menyentuh bibir mereka. Ini adalah kerana respon badan yang automatik
untuk menyelakkan penipuan. kika anda perasaan seseorang itu kerap
menyentuh bibirnya semasa percakapan-kemungkinan besar dia sedang
menipu.
-
Meyembunyikan tangan- memasukkan tangan dalam poket, memegang tangan
dibelakang dan memeluk tubuh semasa bercakap juga menunjukkan seseorang
itu sedang menipu. ini adalah juga respon badan untuk menyembunyikan
perasaan gementar semasa menipu.
-
Gesture tangan yang melampau- Satu lagi tanda seseorang itu sedang
menipu adalah pergerakan tangan yang melampau seperti
meyikat/membetulkan rambut, membetulkan baju, atau bermain dengan objek
di tangan seperti pen
dan cincin,bergendang mengunakan jari, ini merupakan bahasa badan
seseorang itu resah dan gementar, dan biasanya dikaitkan dengan
penipuan.
3.Mengeluarkan Lidah dalam penipuan
Ingatkah anda sewaktu kita kecil jika kita tidak suka akan seseorang atau sesuatu makanan kita akan jelirkan lidah??
Samalah konsepnya disini, kita sebagai dewasa tidak berada pada situasi
yang selesa sewaktu menipu dan kita secara tidak sedar akan menjelirkan
lidah untuk mengekspresikan perasaan itu, Seseorang yang menipu biasanya
akan menjelirkan lidah sedikit tetapi kerap disebabkan respon ini.
Respon yang juga boleh dikaitkan dengan tabiat ini adalah menjilat bibir
sewaktu bercakap-tabiat ini juga menunjukkan seseorang itu menipu.
4.Peranan Suara dalam penipuan
Seseorang yang menipu akan sedaya upaya mengawal tona suaranya dan
kelajuan percakapannya. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada
mengekspresikan perasaan sebenar mereka. Seseorang yang bercakap dengan
anda bersuara lembut, sering kali berhenti berfikir dalam Konversasi,
mengunakan banyak "ummm" dan"ersss" ini mungkin menunjukkan bahawa
seseorang itu memerlukan sedikit masa untuk memikirkan apa yang hendak
dikatakan seterusnya yang biasanya merupakan penipuan dan cerika rekaan.
Jika anda perasan tabiat seperti diatas, lihat bahasa badan lain yang
telah anda pelajari, mungkin anda akan kenalpasti kesahihan cerita
seseorang itu.
5.Peranan badan dalam penipuan
Seperti mana seseorang yang menipu mengawal suaranya-mereka juga akan mengawal postur dan gestur badannya.
Mereka yang menipu akan kelihatan tegang dan akan keraskan badan mereka, mereka juga akan mengawal ekspresi muka mereka.
Sudah tentu, ada orang yang boleh bercakap manis dan juga kelihatan
tenang, tetapi majoriti daripada kita yang tidak berpengalaman berbohong
besar akan kelihatan tertekan dan gementar kerana takut tertangkap dan
digelar dengan panggilan "Penipu".
Akhir kata, kita tidak mungkin mengenal pasti seorang yang menipu dengan
satu sahaja gaya bahasa badan. Tetapi jika anda perasan terdapat gaya
gaya isyarat badan seperti ini pada seseorang semasa percakapan,
kemungkinan besar dia sedang menipu

Owner? This is!
All about me.

About me ;
My name is Nur Amira Aisyah
14 y/o already
Live at Kuantan, Pahang
Cheese cake is my favourite dessert yaww
I love kid but i dont know how to treat them. Shame me
I'm an exostan and army :D
I was the youngest of two siblings
I really hate liars and two-faced friend
About blog ;
This blog since 2013
This blog is the second blog I've ever had. I forgot my password old blog. Hehe
I use the classic template
|
Linkies
My friends. I love them.
NAME
NAME
NAME
NAME
NAME
NAME
NAME
NAME
NAME
NAME
|
Le' Tutorials Freebies Section
Tutobies that i wanna share.
Tutorials
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
Tutorial
|
Post a Comment
hai, assalamualaikum and annyeonghaseyo..
- no harsh word please ?
- anon and haters are not allowed here
- thanks for ur comment :)